suria

Teringin makan bubur ayam seperti di kedai makanan segera... Boleh buat sendiri, ikut resipi ringkas ini

Bubur ayam enak dinikmati pada bila-bila masa. -Gambar hiasan (kanan)

BUBUR ayam cukup sedap dijamah ketika cuaca sejuk atau badan berasa kurang sihat.

Antara tempat popular yang selalu menjadi tumpuan masyarakat untuk mencari bubur lazat adalah restoran makanan segera.

Tetapi sebenarnya jika hendak dimasak di rumah pun boleh, cukup mudah selain lebih jimat!

Ayuh kita lihat bagaimana caranya melalui perkongsian Azwa Muhammad di laman Facebook.

Bahan-bahan:

1) Secawan beras, pastikan cuci dan tuskan

2) Air sebanyak lima cawan

3) Isi ayam yang sudah dicincang

4) Halia sebanyak dua hingga tiga hiris

5) Bawang merah yang sudah dihiris

6) Bawang putih yang sudah dihiris

7) Satu kiub ayam

8) Minyak masak sebanyak tiga sudu

9) Garam atau perasa

Langkah-langkah:

1) Masukkan beras dan air ke dalam periuk, tanak di atas dapur. Kacau sehingga lembik, kalau kurang air boleh tambah sampai jadi bubur.

2) Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis sampai garing.

3) Kemudian tuang bahan yang digoreng tadi ke dalam periuk berisi bubur. Masukkan sekali isi ayam dan kiub pati ayam.

4) Kacau sehingga masak serta masukkan perasa. Tutup api. Letak bubur dalam mangkuk, boleh hiaskan dengan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.

5) Jika nak pedas, boleh letak lada sulah dan cili merah yang dicincang. Siap!

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain