suria

Tak perlu guna air pun, jom rebus telur lebih cepat dan cantik!

Teknik baharu merebus telur yang lebih cantik kejadiannya.

TELUR boleh diibaratkan seperti makanan ruji rakyat Malaysia. Hampir setiap hidangan pasti ada telur di dalamnya.

Kebiasaannya, telur boleh disediakan secara goreng atau rebus.

Menerusi satu perkongsian di Facebook Cik Puan Ana, ada dikongsikan cara baharu merebus telur yang menjimatkan masa dan hasilnya lebih 'cantik'.

Ayuh kita ikuti satu-persatu tekniknya.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1) Telur ayam

2) Periuk nasi

3) Tisu

Teknik merebus telur di dalam periuk nasi.

Langkah-langkah:

1) Basuh telur sehingga bersih.

2) Lapik periuk nasi dengan dua helai tisu yang dilembapkan. Susun telur di atasnya. Susun secara berhati-hati untuk mengelakkan telur pecah.

3) Masak telur di dalam periuk seperti hendak memasak nasi biasa, biarkan sehingga butang di periuk nasi naik sendiri.

4) Setelah selesai dimasak, biarkan telur sejuk terlebih dahulu. Kemudian, boleh mula kupas. Pastikan kupas dengan perlahan-lahan, takut telur hancur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain