BAGI yang baru memulakan azam untuk menurunkan berat badan pada tahun ini, sudah pasti anda sedang mengumpul pelbagai resipi sihat untuk dicuba. Jika masih tercari-cari resipi yang mudah dan sedap, apa kata anda cuba resipi 'chicken patty' pula sebagaimana yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Azrie Nadia. Mungkin ada yang beranggapan resipi 'diet' tidak membangkitkan selera, namun apa yang dikongsi ini membuktikan bahawa makanan sihat tidak membosankan dan merupakan pilihan terbaik bagi mereka yang ingin menjaga diet sambil menikmati hidangan sedap. Dengan bahan-bahan yang segar dan proses pembuatan yang mudah, anda boleh menikmati chicken patty tanpa perlu rasa bersalah. Berikut adalah bahan-bahan dan cara memasak chicken patty Bahan-bahan: Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat chicken patty. 1. Sediakan brokoli, lobak merah dan jagung 2. Dada ayam 3. Kicap 4. Kanji atau tepung ubi 5. Lada sulah 6. Garam Cara-caranya: 1. Potong kesemua sayur-sayuran dalam bentuk dadu 2. Sediakan dada ayam (tanpa tulang) dan kisar 3. Campurkan isi ayam kisar tadi bersama sayur-sayuran yang dipotong dadu di dalam satu bekas 4. Masukkan dua sudu kicap, kanji atau tepung ubi, sesudu lada hitam dan sesudu garam Adunan dibentuk menjadi bulat. 5. Gaul kesemua bahan sehingga rata 6. Bentukkan adunan menjadi bulat seperti patty burger 7. Panggang atau masak menggunakan api sederhana besar. 8. Sedia untuk dinikmati! Jika anda membuat lebih banyak patty, simpan sebahagian dalam bekas dan masukkan di dalam peti sejuk. Mudah bukan? Selamat mencuba! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube