SALAH satu menu yang sinonim dengan orang Melayu adalah gulai. Tak terkata rasanya apabila menikmati gulai dengan nasi putih dan ikan goreng, ditambah pula ada ulam-ulaman dan sambal belacan... memang terangkat! Bagi kaum wanita, gulai merupakan antara hidangan yang boleh dikatakan agak susah untuk disediakan kerana memerlukan kemahiran supaya benar-benar 'menjadi' seperti air tangan ibu sendiri. ARTIKEL BERKAITAN: Menu ringkas tapi ramai tak pandai masak! Ini 5 panduan buat bihun goreng ‘elok kejadian’, enak Ada kalanya, gulai yang dibuat kurang 'padu' kerana teknik yang tidak betul. Usah khuatir, apa kata anda ikuti petua dan pantang larang sebagaimana yang dikongsikan oleh seorang individu yang banyak berkongsi tip masakan di Facebook, Afy Al Habibi. 1. Tunggu sampai pecah minyak Bahagian ni saya ulang dua kali untuk tunggu. Pertama selepas masukkan rempah sebab biasanya saya tak campur air lagi waktu ini, sampailah rempah keluar minyak sedikit. Kedua, selepas kita masukkan air. Saya tunggu sampai betul-betul pecah minyak. 2. Bukaan api Ada waktu tertentu yang sesuai untuk guna api besar. Untuk semua jenis masakan gulai, saya akan pastikan mereneh dalam api kecil sahaja. Satu lagi teknik memasak gulai adalah memastikan kuantiti rempah adalah sepadan dengan lauk yang ingin digunakan. -Gambar hiasan/The Star 3. Bahan kisar Misalnya bawang merah dan bawang putih kena sepadan dengan kuantiti lauk serta sukatan kuah yang kita ingini. Ibu saya selalu pesan, bawang putih jangan terlebih guna. Nanti rasa gulai jadi lain menyengat. 4. Rempah Bahagian terpenting daripada segi pemilihan jenama yang disukai. Masukkan rempah biar sepadan dengan jumlah ketul lauk yang dibuat. 5. Santan Ramai yang silap juga buat kira-kira bahagian ni. Kalau terlebih masuk, gulai akan memekat menghasilkan rupa yang tidak menarik. 6. Garam dan gula Bagi saya, dua bahan ini kena seimbang. Lidah saya memang terbiasa kena ada manis-manis menyerlah juga dalam gulai. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube