suria

Selepas roti canai 2 kali dapat ‘award’, menu Malaysia nasi goreng kambing disenarai dalam 100 makanan paling teruk dunia

Hidangan nasi goreng kambing merupakan antara menu pilihan rakyat Malaysia. -Gambar hiasan/The Star

TAHUN lalu, salah satu menu ikonik negara kita iaitu roti canai mendapat pengiktirafan apabila dinobatkan sebagai 'roti terbaik di dunia' oleh laman web TasteAtlas.

Bagaimanapun dalam penilaian terbaharu oleh laman web yang sama mengenai 'Makanan Paling Teruk di Dunia', salah satu menu dari Malaysia turut dimasukkan dalam senarai carta.

Menduduki ranking ke-48 daripada 100 makanan paling teruk bagi tahun 2023, nasi goreng kambing hanya memperolehi 2.6 daripada 5 bintang.

Hidangan ini biasanya dimasak dengan gabungan nasi, daging kambing cincang dan bahan-bahan lain dalam pembikinan nasi goreng dan ia dihasilkan dalam pelbagai versi.

ARTIKEL BERKAITAN: Roti canai terus diiktiraf, terkini ungguli carta roti terbaik di dunia kalahkan naan dan pastri Eropah

Dalam pada itu, TasteAtlas menamakan hidangan Hakarl dari Iceland sebagai 'Makanan Paling Teruk Di Dunia'.

tasteatlas

Carta 'Senarai 100 Makanan Paling Teruk di Dunia' yang dikeluarkan oleh TasteAtlas.

Tempat kedua bagi carta tersebut pula 'disandang' oleh juadah dari Amerika Syarikat iaitu hidangan Ramen Burger.

Yerushalmi Kugel, hidangan dari Jerusalem, Israel pula menduduki tangga ketiga.

Untuk rekod, TasteAtlas pernah memberikan dua kali pengiktiran kepada Malaysia menerusi hidangan roti canai, iaitu Roti Terbaik Dunia dan Makanan Jalanan Terbaik Dunia pada tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain