suria

Nak hidangan sedap tapi ringkas untuk famili? Cuba resipi sambal sardin ini, anak-anak makan tak toleh kiri kanan

Sambal tumis sardin membuka selera sesiapa sahaja. -Gambar Facebook Siti Hazneza

HIDANGAN yang ringkas, sedap dan menyelerakan pasti menjadi pilihan para ibu sepanjang cuti persekolahan ini.

Maklumlah, pelbagai aktiviti telah dirancang untuk dilakukan bersama keluarga tercinta.

Bagi yang berhasrat untuk berkelah di taman-taman bunga atau sekitar lokasi permainan air, bolehlah mencuba resipi mudah menggunakan sardin ini.

Sama ada makan bersama nasi mahupun dijadikan bahan cicah roti, menu yang dikongsikan Siti Hazneza ini pasti akan membangkitkan selera keluarga.

Bahan-bahan yang digunakan untuk sambal tumis sardin. -Gambar Facebook Siti Hazneza

Bahan-bahan yang digunakan untuk sambal tumis sardin. -Gambar Facebook Siti Hazneza

Bahan-bahan

2 tin sardin

2 sudu makan asam jawa biji

1½ biji bawang

3 sudu makan serbuk cili atau cili kering secukup rasa

Tumis bahan dikisar sehingga kelihatan berlubang-lubang selepas goreng ikan sardin. -Gambar Facebook Siti Hazneza

Tumis bahan dikisar sehingga kelihatan berlubang-lubang selepas goreng ikan sardin. -Gambar Facebook Siti Hazneza

Cara penyediaan

1. Sardin diasingkan daripada sos dan dibuang tulang. (Boleh jika tidak mahu buang tulang).

2. Sos dalam tin simpan sebab akan guna sedikit kemudian.

3. Kisar sebiji bawang besar bersama cili kering.

4. Goreng sardin yang sudah dibuang tulang. Hati-hati ya kerana meletup!

Selepas pecah minyak, masukkan hirisan bawang. -Gambar Facebook Siti Hazneza

Selepas pecah minyak, masukkan hirisan bawang. -Gambar Facebook Siti Hazneza

5. Ketepikan sardin yang sudah digoreng seketika. Kemudian, dengan minyak yang sama, tumis bahan kisar.

6. Masak sampai pecah minyak atau sehingga jadi lubang-lubang ketam.

7. Tambah 4 sudu makan sos dari tin sardin,

8. 2 sudu makan jus asam jawa, 3 sudu teh garam, 2 sudu makan gula dan kacau sebati.

9. Tambah 2 sudu makan kicap lemak manis untuk naikkan warna.

Masukkan sardin yang telah digoreng dan gaul sehingga sebati. -Gambar Siti Hazneza

Masukkan sardin yang telah digoreng dan gaul sehingga sebati. -Gambar Siti Hazneza

10. Tambah ½ biji bawang besar yang dihiris nipis. Masak sehingga bawang layu.

11. Akhir sekali, masukkan sardin goreng dan kacau perlahan-lahan.

Kalau nak lebih ‘mewah’ boleh pecahkan beberapa biji telur ke dalamnya dan tutup sebentar supaya telur masak.

Bukan sahaja membuka selera, anda pasti akan bertambah berkali-kali sehingga licin.

Anak gadis yang tak pandai memasak pun boleh buat. Selamat mencuba!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain