suria

Patutlah hidangan udang telur viral! Mudah sangat nak masak, paling penting sedap

Udang yang digoreng bersama telur sangat mudah disediakan.

PELBAGAI rancangan telah diatur untuk mengisi hari cuti pada hujung minggu.

Sebolehnya para ibu ingin menghasilkan masakan yang ringkas dan mudah tetapi mengenyangkan untuk seisi keluarga.

Bagi yang berhasrat untuk berkelah di tepi pantai atau air terjun, apa kata anda membuat telur udang seperti perkongsian Resepi Mudah di halaman TikTok.

Tak sampai 10 minit, hidangan yang menyelerakan ini siap untuk dibawa, paling penting mengenyangkan dan penuh khasiat.

Bahan utama hanyalah udang dan telur.

Bahan utama hanyalah udang dan telur.

Bahan-bahan

1. 1/2 kg udang

2. 5 biji telur

3. Daun bawang

4. 1 sudu garam

5. 1 sudu bahan perasa

6. 1 sudu tepung jagung

7. 5 ulas bawang putih

Hirisan daun bawang ditambah sebagai pelengkap hidangan.

Hirisan daun bawang ditambah sebagai pelengkap hidangan.

Cara penyediaan

1. Gaulkan udang bersama garam, perasa dan tepung jagung supaya sebati.

2. Pecahkan telur dan pukul sebati bersama satu sudu garam.

3. Tumis bawang putih yang dipotong dadu.

4. Apabila naik bau, masukkan udang. Goreng sehingga udang bertukar warna.

5. Kemudian masukkan telur dan gaul sebati.

6. Selepas naik bau, masukkan hirisan daun bawang dan gaul sehingga masak. Siap!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain