MAKANAN segera seperti sosej dan nugget antara yang paling digemari kanak-kanak sehingga ada yang 'ketagih' deengannya. Ibu-ibu juga gemar menghidangkannya kerana cepat dan mudah selain mengenyangkan anak-anak terutama pada waktu pagi. Malah ada yang menjadikan makanan sejuk beku itu sebagai bekal harian meskipun mengetahui kesan sampingan jika mengambilnya secara berterusan. Bagaimanapun, anda boleh mengelakkan kesan sampingan tersebut dengan menghasilkan sendiri sosej di rumah. Bukan sahaja boleh mengawal penggunaan bahan pengawet serta garam tambahan, sosej yang dihasilkan juga lebih sihat dan bernutrisi. Bagi anda yang ingin mencubanya, boleh ikut resipi perkongsian Damia Roti Dan Kek ini. Antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan sosej. Bahan-bahan:⠀ Sebiji 'sweet potato'⠀ 4/5 ketul dada ayam⠀ 2 biji telur⠀ Sebarang jenis sayuran ⠀ 1 biji bawang besar ⠀ 4/5 ulas bawang putih⠀ Sedikit lada hitam Secubit garam⠀ 4 sudu besar tepung ubi yang dibancuh dengan setengah gelas air Rebus atau kukus adunan yang telah siap. Cara-caranya:⠀ 1. Campurkan kesemua bahan mentah tersebut dan kisar. 2. Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam plastik aiskrim dan ikat di hujung kiri dan kanan. 3. Kemudian rebus dalam 10 hingga 15 minit. 4. Sejukkan dalam peti dan sedia digoreng pada bila-bila masa. Bukan sahaja mudah dilakukan, malah boleh disimpan lama di dalam peti sejuk beku. Selamat mencuba ya! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube