suria

Selalu habis stok, ini cara mudah buat kek tapak kuda... Ikut saja resipi, hasilnya pasti tak mengecewakan

Kek tapak kuda menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

BUKA sahaja laman sosial, pasti ramai yang berkongsikan tentang kek tapak kuda sama ada resipi, jualan mahupun kudapan minum petang.

Kuih yang berasal dari Brunei ini semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia terutama peminat coklat kerana teksturnya yang lembut di samping inti yang pelbagai.

Permintaan yang tinggi membuatkan para peniaga tampil dengan aneka jenis kek tapak kuda termasuk menggunakan keju.

Bagi anda yang ingin menghasilkannya sendiri, bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan pelayar TikTok Rosienunaa.

Yang pasti, kena ikut petua dan tip yang diberikan ini supaya kek menjadi cantik dan lembut.

Potong kek tapak mengikut saiz yang sama supaya tampak lebih menarik.

Potong kek tapak mengikut saiz yang sama supaya tampak lebih menarik.

Bahan-bahan

3 biji telur

2 biji kuning telur

1/2 cawan gula halus

1/3 cawan tepung naik sendiri

1 sudu besar ovalet

1 sudu kecil esen vanila

1/3 cawan butter cair

Kesemua bahan diaduk sebati terlebih dahulu sebelum dicampur butter cair.

Kesemua bahan diaduk sebati terlebih dahulu sebelum dicampur butter cair.

Cara penyediaan

1. Campurkan telur, gula halus, tepung naik sendiri, ovalet dan esen vanila.

2. Adun kesemua bahan sehingga sebati dan kembang.

3. Tambah butter cair.

4. Kaup balik sehingga adunan sebati.

5. Bahagikan adunan untuk dua bekas, 1/3 daripadanya dicampur coklat emulco dan dituang ke dalam loyang sehingga rata.

Adunan boleh menghasilkan dua kek tapak kuda.

Adunan boleh menghasilkan dua kek tapak kuda.

6. Kemudian masukkan lebihan adunan di bahagian atas.

7. Panaskan oven dan bakar pada suhu 170 celcius selama 25 minit.

8. Tunggu kek sejuk sebelum letak filling dan bungkus dengan plastik

Untuk bahagian filling, anda boleh meletakkan apa sahaja perisa yang disukai mengikut kreativiti.

Selepas beberapa minit, anda bolehlah mula potong dan hidangkan untuk dinikmati bersama keluarga.

Bukan sahaja kanak-kanak, orang dewasa pun suka dengan kek tapak kuda yang gebu dan cantik ini. Selamat mencuba!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain