suria

Cara mudah buat sos bawang putih terlajak sedap... Rasa sama macam dekat kedai Arab

Sos bawang putih sedap dimakan bersama hidangan Arab.

HUJUNG minggu sering diisi dengan aktiviti bersama keluarga.

Bagi anda yang merancang untuk berkelah ala-ala masyarakat Timur Tengah, apa kata hasilkan sendiri mayonis atau sos bawang putih (garlic sauce) ini.

Bukan sahaja sedap mengikut cita rasa anda, kebersihan serta bahan mentah yang digunakan juga lebih terjamin.

Semestinya bebas daripada bahan pengawet.

Paling penting, pelbagai hidangan dapat dinikmati bersama garlic sauce ini seperti nasi Arab, roti nan, shawarma mahupun ayam panggang.

Nak mudah, cubalah resipi daripada Afiqah Hairi ini ya!

Shawarma boleh dinikmati bersama sos bawang putih. -Gambar hiasan

Shawarma boleh dinikmati bersama sos bawang putih. -Gambar hiasan

Bahan-bahan

4 ulas bawang putih

1 biji telur

2 sudu besar cuka

1 sudu besar gula

1 sudu kecil garam

1 cawan minyak jagung (masukkan sikit demi sedikit)

Nikmati garlic sauce bersama salad mengikut menu diet. -Gambar hiasan The Star

Nikmati garlic sauce bersama salad mengikut menu diet. -Gambar hiasan The Star

Cara penyediaan

1. Kisarkan kesemua bahan sehingga dapat tekstur macam mayonis.

2. Kalau nak buat stok, boleh gandakan nisbah bahan tersebut.

3. Simpan dalam peti ais supaya mayonis ini boleh tahan tiga bulan.

Bukan sahaja mudah dihasilkan, anda boleh membuatnya mengikut cita rasa sendiri sama ada inginkan rasa bawang putih yang lebih mahupun tidak.

Apa tunggu lagi, jadikan hujung minggu anda lebih menarik bersama keluarga. Selamat mencuba!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain