suria

Rupanya ada banyak cara lembutkan isi ayam pencen... Senang nak masak rendang!

Ayam pencen atau ayam tua sangat enak jika dimasak rendang. -Gambar hiasan

GOLONGAN surirumah bukan sahaja sering berdepan dengan masalah untuk melembutkan daging, tetapi turut melalui situasi yang sama apabila melibatkan isi ayam tua atau pencen.

Meskipun sedikit liat, ayam pencen, ayam tua atau ayam kampung sebenarnya sangat enak jika dimasak rendang, masak lemak dan sebagainya.

Bagi penggemar ayam jenis ini, sudah pasti mereka sudah arif mengenai proses penyediaan hidangannya yang agak memakan masa disebabkan dagingnya sedikit liat.

ARTIKEL BERKAITAN: Menu ringkas tapi ramai tak pandai masak! Ini 5 panduan buat bihun goreng ‘elok kejadian’, enak

Namun usah khuatir! Terdapat pelbagai petua yang boleh anda cuba untuk melembutkan isinya:

1. Lada hitam dan halia

Tumbuk setengah sudu teh lada hitam bersama dengan sedikit halia, masukkan ke dalam periuk bersama ayam tua dan air untuk direbus.

Rebus sehingga lembut. Kemudian keluarkan ayam, cuci bersih, lumurkan tepung beras dan goreng.

Kuali cooking demo - Retro Recipes column.Rendang Ayam Pencen (Spent hen rendang)

Perapan halia dan lada hitam juga boleh membantu melembutkan daging. -Gambar hiasan/The Star

2. Tempurung kelapa

Masukkan beberapa keping tempurung kelapa ke dalam periuk ketika merebus ayam tua.

3. Tebu

Masukkan seruas tebu ke dalam periuk ketika memasak ayam tua.

4. Biji selasih

Bungkus satu sudu besar biji selasih dengan kain kasa dan masukkan ke dalam periuk ketika memasak ayam tua.

air kelapa

Air kelapa perlu direbus bersama ayam untuk melembutkan isinya. -Gambar hiasan

5. Daun pisang abu

Masukkan daun pisang abu yang telah dicarik-carikkan ke dalam periuk ketika memasak ayam tua.

6. Air kelapa

Potong ayam tua kepada beberapa bahagian. Rebuskan bersama air kelapa sehingga empuk.

Toskan airnya dan boleh dimasak seperti biasa.

7. Pangkal daun nenas

Masukkan beberapa potongan pangkal daun nanas (warna kuning) ke dalam periuk ketika memasak ayam tua.

Keluarkan apabila ayam telah empuk.

8. Buah nanas

Kisar sepotong buah nanas. Lumurkan pada ayam tua dan perap selama setengah jam. Bersihkan dan masak ayam seperti biasa.

9. Buah betik muda

Rebus ayam tua dengan buah betik muda.

Mudah-mudahan petua ini dapat memudahkan tugas anda menyediakan hidangan buat keluarga tersayang. Selamat mencuba!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain