KEDATANGAN bulan Ramadan pastinya tidak lengkap tanpa suasana berbuka puasa yang meriah dengan pelbagai aneka juadah. Sempena edisi 2024 kali ini, mStar kongsikan dengan anda senarai buffet Ramadan menarik yang ditawarkan di hotel-hotel serta restoran di ibu negara dan kawasan sekitarnya. 1. The Face Style Bagi mereka yang mencari hidangan Melayu tradisional, The Face Style di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur bakal menyajikan menu seperti ayam tebu bakar, sup gearbox dan daging masak hitam. Antara menu istimewa lain yang disediakan adalah siput sedut masak lemak cili padi berkeju, ikan cencaru sambal tauchu viral dan laksa Kuala Kangsar. Ayam tebu (tengah) antara menu yang wajib dicuba. Bagi dewasa dan kanak-kanak (6-12 tahun), bufet ini berharga RM188 dan untuk warga emas pula berharga RM95. Untuk tempahan atau maklumat lanjut, hubungi 017-6137423 atau WhatsApp 0127516992. 2. Mardhiyyah Hotel & Suites Bertemakan 'Destinasi Rasa', Mardhiyyah Hotel & Suites di Shah Alam, menjanjikan lebih 50 menu istimewa seperti bubur lambuk daging rusa dan gulai lemak urat keting. Anda juga akan dihidangkan dengan biryani kambing, ayam Szechuan, kuzi kambing, gulai cumi pedas dan banyak lagi! Antara menu yang menanti pengunjung di Mardhiyyah Hotel & Suites. Bufet berharga RM165 untk dewasa, RM120 untuk warga emas, RM100 untuk kanak-kanak (5-11 tahun) dan promosi private function RM120 setiap seorang Untuk maklumat lanjut dan tempahan, hubungi 019-2736801, 019-2639801, 019-2757801 dan 019-2616847. 3. Dapur Binjai, Perdana Kuala Lumpur City Centre Menjadi tumpuan utama adalah kambing panggang yang lazat, terkenal dengan tekstur lembut dan perapan berperisa. Selain hidangan yang kaya dengan rasa, menu-menu ringkas juga disediakan buat pengunjung. Anda juga akan dihidangkan juadah tradisional seperti daging tumis hitam, putu mayam dan apam balik. Bufet ini berharga RM158 seorang dan anda boleh menghubungi talian 03-74903333 untuk membuat tempahan. 4. Intercontinental Kuala Lumpur Gabungan menu-menu tempatan dan Timur Tengah pastinya bakal membangkitkan selera anda ketika berbuka puasa. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati bubur lambuk, ikan bakar, daging shakshuka dan shawarma ayam. Bufet ini berharga RM278 untuk dewasa manakala kanak-kanak pula berharga RM168. Untuk tempahan, hubungi 016-2024623 atau e-mel kepada [email protected]. 5. Concorde Kuala Lumpur Berbuka puasa dengan keluarga atau sahabat pastinya lebih meriah dengan seleksi menu kampung seperti siput sedut masak lemak cili padi, gulai tunjang lembu dan asam pedas ikan pari. Bufet ini turut menyajikan gulai daging nangka muda, rendang tok, ikan masin masak lemak nenas, ikan patin masak tempoyak, kari kepala ikan, ayam masak madu dan ketam goreng. Bufet ini berharga RM188 setiap seorang dengan potongan 50 peratus untuk kanak-kanak berusia 6-12 tahun. Untuk tempahan, hubungi 012-3990734 atau e-mel kepada [email protected]. Klana Resort Seremban tampil sajian inspirasi karya P.Ramlee. 6. Klana Resort Seremban Bufet bertemakan 'Hikayat 1001 Rasa' ini menyajikan lebih 100 hidangan dan 25 gerai yang pastinya bakal membangkitkan selera anda.. Lebih menarik, sajian-sajian di Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan turut diinspirasikan daripada nama-nama watak daripada hasil karya Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Antaranya Gerai Dim Sum Sabrina Kekasih Lama daripada filem 3 Abdul dan Gerai Manisan Cikgu Murni daripada filem Nasib Labu Labi. Selain promosi bufet, Klana Resort Seremban turut menawarkan Ramadan Pakej Staycation bermula RM105 semalam, berserta Pakej Seminar Ramadan bermula dari RM38 seorang. Menu-menu yang mengimbau nostalgia dan membangkitkan selera ketika berbuka puasa. Harga bufet biasa ialah RM95.50 (dewasa), RM50.50 (kanak-kanak) dan RM66.50 (warga emas). Untuk tempahan pakej, hubungi 016-3362012 (Rizal), 016-6611238 (Azmi), 016-6619014 (Shafiq) atau 016-6616972 (Syahmi). 7. Me’nate Ramadan tahun ini Me’nate menawarkan pakej Muhibbah Set & Nostalgia set! Antara menu-menu yang ditawarkan dalam pakej ini adalah ayam percik dara, daging kerutuk, siakap dan sotong bakar sambal petai, air jagung Me’nate. Bukan itu sahaja, anda juga dapat menikmati bufet mini Me’nate secara percuma. Bufet ini berharga RM99.90 untuk dewasa dan RM49.90 untuk kanak-kanak (6-12 tahun). RasaNya berkolaborasi dengan Chef Zam untuk menyajikan menu istimewa sepanjang Ramadan. 8. RasaNya Steambot Jika anda mencari kelainan, jangan lupa untuk mencuba menu eksklusif Ramadan di RasaNya Steambot yang terletak di Pavilion Elite Mall, Kuala Lumpur. RasaNya berkolaborasi dengan Chef Zam dan bakal menyajikan menu istimewa sup kepala ikan NyoNya yang pastinya akan membangkitkan selera anda ketika berbuka. Bufet ini ditawarkan pada harga mampu milik bermula RM98++ hingga RM128++ untuk setiap dewasa. Untuk tempahan boleh hubungi 010-7730223. Restoran Tanjung Puteri menawarkan bufet pada harga mampu milik. 9. Restoran Tanjung Puteri Pasti ramai tidak percaya masih ada restoran yang menawarkan bufet Ramadan dengan harga seredah RM25 seorang. Bufet bajet 'Nostalgia Ramadan' bersama Chef Zainal ini bertempat di Restoran Tanjung Puteri, Sri Hartamas Kuala Lumpur. Menyajikan menu klasik dan masakan warisan, bufet ini berharga RM25 untuk setiap dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, hubungi 013-7808392 atau e-mel kepada [email protected]. Pelbagai jenis nasi disediakan di Restoran Rebung Chef Ismail. 10. Resotoran Rebung Chef Ismail Ramadan 2024 diserikan dengan bufet 'Ceq Lapaq Nasikla' di Restoran Rebung Chef Ismail di Kuala Lumpur dengan harga serendah RM99 untuk dewasa dan RM69 untuk kanak-kanak. Apa yang menariknya, bufet ini menyajikan nasi putih, nasi ulam, nasi kerabu, nasi lemuni, nasi daging dan nasi ikan. Pelbagai gerai turut disediakan, menawarkan menu seperti murtabak, sup tulang, rojak buah, laksa Penang, ikan keli dan cencaru bakar serta air balang dan cendol. Untuk tempahan dan pertanyaan, hubungi 03-22763535 atay 03-22762525. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube