suria

Jangan tak percaya... Masih ada bufet Ramadan RM25 di KL, penuh dengan lauk kampung dan aneka sajian klasik

Air tangan Cef Zainal pastinya membangkitkan selera ketika anda berbuka puasa di Restoran Tanjung Puteri.

DALAM suasana ekonomi hari ini, sudah tentu ramai yang geleng kepala dan terkejut melihat harga bufet Ramadan di hotel-hotel terkemuka.

Di sebalik kemeriahan hidangan yang ditawarkan, setiap pengunjung perlu membayar harga bufet sehingga mencecah ratusan ringgit.yang mana nilai itu dianggap tidak masuk akal bagi rakyat marhaen.

Bagi mereka yang tercari-cari bufet Ramadan pada harga yang rendah, Restoran Tanjung Puteri milik Cef Zainal Abd Rahman yang terletak di Taman Sri Hartamas, Kuala Lumpur adalah jawapannya.

Masih kedengaran 'tidak masuk akal', namun itulah hakikatnya yang mana restoran ini menawarkan harga bufet Ramadan serendah RM25 sahaja untuk seorang dewasa.

Harga bufet untuk kanak-kanak pula adalah RM15 sahaja.

s3

Antara menu-menu menarik di Restoran Tanjung Puteri.

Mengetengahkan tema 'Nostalgia Ramadan' bersama Cef Zainal, bufet bajet itu menawarkan sajian klasik dan warisan yang setaraf dengan sajian di hotel-hotel terkemuka.

Antara yang menarik, Restoran Tanjung Puteri ini menawarkan hidangan laksa Johor yang pastinya akan membangkitkan selera anda ketika berbuka puasa.

Laksa Johor ini bukan sekadar hidangan biasa, sebaliknya merupakan hidangan signatur Cef Zainal sendiri yang diolah daripada resipi neneknya.

Selain itu, mereka yang gemarkan hidangan berat boleh berbuka puasa dengan nasi panas yang dihidangkan dengan aneka lauk merangkumi ikan, ayam, daging dan banyak lagi.

s4

Suasana berbuka puasa yang mengimbau nostalgia di Restoran Tanjung Puteri.

Antara yang disajikan adalah rendang ayam, asam pedas ayam, ikan goreng berlada, ikan kari dan pelbagai menu lain yang ditukar-tukar setiap hari.

Pendek kata, pelbagai jenis lauk yang dihidangkan di restoran itu pastinya akan mengimbau memori anda ketika berpuasa di kampung halaman suatu ketika dahulu.

Sesuai untuk santapan seisi keluarga, menu seperti bubur nasi dan bubur kacang turut ditawarkan.

Selain sajian yang membuka selera, anda juga pastinya akan terpesona dengan dekorasi klasik ala 50-an ketika menikmati sajian di Restoran Tanjung Puteri.

Restoran Tanjung Puteri tawar bufet Ramadan serendah RM25.

Restoran Tanjung Puteri tawar bufet Ramadan serendah RM25 (dewasa) dan RM15 (kanak-kanak)

Restoran ini juga menyediakan kemudahan surau untuk pengunjung menunaikan solat seusai berbuka puasa.

Ruangan khas yang lebih besar turut disediakan untuk pengunjung lelaki menunaikan solat yang boleh memuatkan sekitar 20 orang pada satu-satu masa.

Untuk makluman, bufet Ramadan ini ditawarkan sehingga 8 April.

Bagi mereka yang merindui menu-menu kampung, apa tunggu lagi? Ayuh bawa keluarga beramai-ramai berbuka puasa di Restoran Tanjung Puteri.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, hubungi 013-7808392 atau e-mel kepada [email protected] atau tempah di sini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain