suria

Tekak rasa nak makan selera ‘Nogori’ waktu berbuka puasa... Mujur ada Kampung Lah, cita rasa sedap dan asli!

Bufet ini menghimpunkan lebih 100 sajian Melayu asli resipi turun-temurun Negeri Sembilan.

DI sebalik kemeriahan aneka makanan yang dijual sepanjang bulan Ramadan, ramai sebenarnya yang lebih gemar untuk menikmati lauk-pauk kampung ketika berbuka puasa.

Jika itu yang anda cari, bufet Ramadan Kampung Lah, Iftar Citarasa Kampung Lah di G2G by MTG Garden Hall, Seri Kembangan, Selangor adalah jawapannya.

Himpunan sajian dalam bufet ini bukan sahaja boleh membangkitkan selera, sebaliknya ia juga akan menyingkap semula memori ketika anda berpuasa di kampung halaman.

AB8I8625

Antara sajian yang ditawarkan menerusi bufet Ramadan ini.

Membawa tema kampung halaman ke bandar, pengunjung bakal disajikan dengan hampir 100 hidangan Melayu asli resipi turun-temurun Negeri Sembilan yang bakal memberi cita rasa berbeza terutama kepada mereka rindukan suasana berbuka di kampung.

Menurut pemilik Kampung Lah, Fairuz Idwan, pengunjung akan disajikan pengalaman berbeza, seolah-olah berada di kampung dengan pelbagai aktiviti termasuk makan berhidang sambil diiringi alunan lagu-lagu Melayu Asli.

"Keistimewaan kita sudah pastilah masakan salai lemak cili api citarasa asli, resipi tradisi Negeri Sembilan. Istimewanya adalah kita salai sendiri menggunakan tempurung kelapa. Cara asli turun temurun.

AB8I9196

Kambing golek yang disajikan buat para pelanggan.

"Ada juga ulam-ulaman dan kuih-kuih tradisional yang dihidangkan untuk memastikan setiap pengunjung dapat merasai konsep Iftar Citarasa Kampung Lah yang kami sajikan kepada semua," ujarnya.

Mendapat sentuhan cef popular dan juga pemilik bersama, Chef Ibnu yang terkenal dengan masakan kampung asli, Kampung Lah turut menyediakan hidangan kambing golek yang berbeza daripada destinasi berbuka lain.

Selain kambing golek, pengunjung juga berpeluang untuk merasai Mee Sotong Hj Tamin yang popular di Johor.

AB8I8610

Aneka kuih tradisional turut disediakan untuk dinikmati ketika berbuka puasa.

Untuk info, Iftar Citarasa Kampung-Lah akan membuka tirai hidangan pada 15 Mac sehingga 5 April 2024 dengan tawaran harga mampu milik bermula RM98 (early bird) dan RM109 untuk pengunjung.

Selain itu, tawaran potongan 50 peratus kepada kanak-kanak dan warga emas juga turut ditampilkan selain potongan harga istimewa untuk organisasi bagi belian kuantiti besar.

Kampung Lah mula beroperasi pada 2022 dan mempunyai tiga cawangan iaitu di Kota Damasara, Summit USJ dan Serdang (Kampong Salai).

Pengunjung yang berminat boleh melayari laman sosial Kampung Lah untuk maklumat lanjut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain