suria

Ambil tahu 6 perkara ini ketika merebus pasta, barulah setanding cef Itali... Ramai buat silap tip nombor 5

Masak pasta guna kaedah betul supaya ia tak lembik dan dapat bercampur sebati dengan sos.

RAMAI beranggapan pasta kering mudah disediakan dengan hanya mereneh di dalam periuk sehingga lembut.

Namun, jika anda tersalah teknik melakukannya, pasta bukan sahaja tidak enak dimakan malah lembik dan melekit.

Terdapat banyak jenis pasta dengan pelbagai bentuk seperti angel hair, spaghetti, macaroni, fettucine, farfalle, conchieglie, gnocchi, orzo, penne, ravioli dan fussili.

Bagi mengelakkan pembaziran, elakkan enam perkara seperti dikongsikan 'food network' ini supaya pasta anda lazat seperti disediakan cef hotel lima bintang.

1. Letak minyak di dalam air rebusan pasta

Untuk pengetahuan anda, meletakkan minyak di dalam air rebusan tidak akan menghalang pasta daripada melekat antara satu sama lain.

Malah tindakan itu akan menyebabkan sos yang dimasak tidak dapat meresap ke dalam pasta sekali gus menyukarkan anda menikmatinya.

Pasta merupakan hidangan kegemaran rakyat Itali.

Pasta merupakan hidangan kegemaran rakyat Itali.

2. Elak rebus air yang kurang

Rebusan pasta memerlukan air yang banyak kerana kekurangan air akan melambatkan tahap kepanasan suhu.

Ia menyebabkan, pasta yang dimasak akan lambat 'empuk' dan melekit kerana memerlukan tempoh yang lama.

3. Lebihkan campuran garam

Mungkin ramai yang bimbang sekiranya pasta berasa masin apabila memasukkan garam yang banyak.

Namun sebenarnya, anda perlu memasukkan secawan garam ke dalam air rebusan supaya dapat memberi rasa kepada pasta berkenaan.

Ia juga bagi mengelakkan pasta daripada mengecut.

Teknik rebusan pasta adalah sangat penting bagi menjaga kualitinya.

Teknik rebusan pasta adalah sangat penting bagi menjaga kualitinya.

4. Terlebih masa merebus

Pastikan anda tus terus pasta beberapa minit selepas ia masak sebaiknya.

Kemudian masukkan ke dalam sos yang disediakan supaya dapat bercampur sebati.

5. Bilas pasta selepas merebus

Ramai yang tidak melakukan kaedah ini kerana bimbang pasta menjadi lembik dan melekit.

Membilas dapat membuang kanji yang masih terdapat pada pasta dan membolehkannya meresap dan sebati bersama hidangan sos.

6. Buang air rebusan

Mungkin anda masih tidak mengetahui kunci kesedapan hidangan pasta seperti disediakan cef Itali.

Kebiasaannya, mereka menggunakan air rebusan dan dicampurkan ke dalam sos pasta supaya dapat meningkatkan rasa sedap hidangan.

Bagaimanapun, jangan ambil kesemua air tadi ya kerana ia agak masin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain