suria

Akhirnya jumpa rahsia masak nasi putih sedap! Guna beras biasa pun boleh, rasa macam di restoran mewah

Teknik masakan ini menjadikan nasi putih lebih lembut dan sedap.

RAMAI yang beranggapan nasi putih hanya sedap jika menggunakan beras import atau beras wangi.

Namun jika anda menggunakan beras biasa pun, nasi putih boleh sedap dan berbau wangi.

Malah kebanyakan kedai makan terkenal menggunakan teknik ini bagi menghasilkan nasi putih yang menyelerakan.

Para suri bolehlah mencuba rahsia memasak nasi putih seperti di hotel dan restoran terkenal yang dikongsikan Chefadzhaishak413 di YouTube.

Malah katanya, ia sering dilakukan di rumah bagi memberikan kelainan rasa pada hidangan harian.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

1. Cuci bersih tiga cawan beras dan masukkan tiga cawan air. Pastikan anda menggunakan sukatan cawan yang sama.

2. Kemudian tambahkan satu sudu besar minyak masak dan satu sudu besar cuka bersama sedikit garam.

3. Tambahkan sehelai daun pandan ke dalam periuk.

4. Kacau kesemua bahan supaya sekata dan minyak tidak bertompok.

5. Selepas itu, anda boleh terus memasaknya.

6. Nasi yang sudah dimasak lebih lembut, berderai dan tidak lembik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain