suria

Buat sendiri daging burger... Bebas bahan pengawet, tak perlu risau anak nak makan setiap hari

Daging yang dihasilkan lebih menyihatan, bebas bahan pengawet. -Foto Geliga Rasa

DAGING burger merupakan salah satu hidangan yang menjadi kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia terutama kanak-kanak.

Bagaimanapun, makanan proses seperti itu akan memberikan kesan sampingan kepada kesihatan sekiranya diambil secara berterusan kerana mengandungi garam, lemak tepu dan pengawet yang tinggi.

Namun, para ibu boleh melakukan sendiri di rumah dan memastikan setiap bahan mentah yang digunakan berkualiti serta tidak mengandungi bahan pengawet.

Ikut sahaja resipi perkongsian Geliga Rasa ini, pasti daging burger yang dihasilkan lebih juicy!

Bahan-bahan:

400g isi dada ayam

2 biji kentang

1 batang lobak merah

1 biji telur

1 biji bawang holland

2 sudu kecil serbuk lada hitam

2 sudu kecil serbuk lada putih

1 sudu kecil chilli flakes

1 sudu kecil mixed herbs

6 sudu besar tepung ubi kayu

2 sudu besar mentega

Cara membuatnya:

1. Kisar isi dada ayam, kentang, lobak dan bawang sehingga halus.

2. Campurkan bahan-bahan lain dalam mangkuk berasingan dan uli sehingga sebati.

3. Kemudian, kepalkan adunan dan bentukkan ikut acuan yang dikehendaki.

4. Setelah selesai, bolehlah kukus selama 3 minit sebelum disimpan dalam peti sejuk beku.

5. Daging patty tadi boleh juga dipanggang atau digoreng mengikut hidangan yang ingin disediakan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain