suria

Selain dimakan rangup, kulit ayam boleh dibuat minyak! Rupanya ini rahsia keenakan, sajian makin sedap

Minyak kulit ayam mudah dihasilkan. -Foto TikTok Food Dida

KULIT ayam yang digoreng rangup dan dimakan panas-panas mampu membuatkan anda menambah nasi.

Di sebalik menikmatinya sebagai hidangan sampingan, anda juga boleh menghasilkan minyak kulit ayam.

Bukan sahaja mudah, malah ia dapat membantu menambah keenakan pada setiap sajian yang dihasilkan.

Tambahan pula terdapat kajian yang menyatakan kulit ayam mahupun minyak yang dihasilkannya turut mengandungi khasiat tersendiri dan tidak mengakibatkan kanser seperti yang digembar gemburkan.

Jadi apa tunggu lagi? Berhenti buang kulit ayam dan hasilkan minyak masak daripadanya seperti ditunjukkan Food Dida.

Minyak daripada kulit ayam mula kelihatan selepas 30 minit. -Foto TikTok Food Dida

Minyak daripada kulit ayam mula kelihatan selepas 30 minit. -Foto TikTok Food Dida

Cara penyediaan:

1. Asingkan kulit ayam daripada bahagian daging.

2. Kemudian cuci sehingga bersih supaya tiada kotoran lain termasuk sisa bulu ayam.

3. Toskan airnya terlebih dahulu dan masukkan ke dalam kuali.

4. Sentiasa kacau kulit ayam supaya tidak melekat pada kuali. Perhatikan terdapat banyak cecair mulai keluar.

5. Masak sehingga kulit ayam keperangan dan garing. Minyak kulit ayam juga sudah tersedia.

6. Tapis dan asingkan kulit ayam tadi supaya minyak dapat disimpan.

7. Kulit ayam boleh terus dimakan manakala minyak disimpan. Anda boleh tambahkan minyak kulit ayam ini pada apa sahaja masakan seperti sayur goreng atau bubur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain