suria

Ramai suka makan tapi tak tahu masak! Wanita ajar cara cuci paru supaya tak hanyir, rangup bila digoreng

Paru perlu dibersihkan dengan teliti untuk menghilangkan bau hanyir. -Foto FB Afiy Al Habibi

RAMAI yang gemar menikmati hidangan paru, lebih-lebih lagi jika dibuat sambal atau rendang.

Namun begitu, ramai yang kurang arif menyediakan hidangan berasaskan paru kerana jika tidak kena gaya, bau hanyirnya masih boleh dihidu tambahan pula jika tidak menggunakan paru tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak buat gulai macam air tangan mak, ikuti 6 petua ini... Rupanya kena tunggu 2 kali pecah minyak

Usah khuatir, apa kata anda ikuti petua sebagaimana yang dikongsikan oleh seorang individu yang banyak berkongsi tip masakan di Facebook, Afy Al Habibi.

Cara-caranya:

1. Cuci paru beberapa kali sehingga hilang warna air darah.

2. Rendam dalam air tepung gandum, cuka atau perahan limau nipis. Seterusnya, basuh dan tuskan sekali.

paru 2

Bahan utama yang digunakan untuk merebus paru. -Foto FB Afiy Al Habibi

3. Masukkan paru ke dalam periuk berisi air untuk direbus.

4. Masukkan bersamanya empat bahan iaitu asam keping, sebatang serai, dua hiris halia dan garam. (Serai dan halia adalah pilihan).

5. Rebus paru bersama kesemua bahan tadi selama kira-kira 35 minit dengan api sederhana besar. Tak perlu tutup periuk, dibimbangi air rebusan melimpah. Sesekali, balikkan paru.

6. Untuk memastikan sama ada paru sudah masak, cucuk isi paru. Jika warna isi paru sudah tidak merah, tutup api.

(Paru-paru Sambal Petai) Ramadan review, themed

Sambal paru sering menjadi menu pilihan ramai. -Foto Afique Yusoff

7. Buang air rebusan dan tuskan. Jika mahu, boleh bilas seketika sebelum tus.

8. Hiris paru mengikut saiz disukai.

Oh ya, paru yang sudah sempurna direbus boleh dihiris dan disimpan dalam peti sejuk.

Bagi yang mahu menyediakan sambal paru, Afy mengesyorkan agar paru dihiris kecil dan nipis.

Satu lagi tip yang dikongsikan wanita ini, jika mahu paru yang digoreng rangup, hiris nipis dan goreng kali kedua.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain