suria

Akhirnya ada yang sudi kongsi resipi sos pencicah ala Thai... Tak susah pun, sedap cicah dengan daging bakar

Sos pencicah ala Thai yang sesuai dijadikan pencicah daging bakar.

MEMANDANGKAN kita baharu sahaja menyambut Hari Raya Aidiladha, pasti ramai yang masih mempunyai stok daging korban yang disedekahkan orang sekeliling.

Resipi seperti sup, goreng kunyit atau rendang semuanya sudah dicuba hingga pening memikirkan apa menu seterusnya untuk dibuat dengan baki daging korban.

Nah, apa kata anda cuba buat daging bakar pula... Mudah dan menyihatkan!

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga tak lokek kongsi resipi, ‘spill’ bahan rahsia sup daging... Confirm padu macam kedai makan

Lebih 'terangkat' apabila dipadankan dengan sos pencicah ala Thai. Memang licin jawabnya.

Kali ini, mStar kongsikan resipi sos pencicah ala Thai sebagaimana perkongsian seorang pengguna Facebook, Siti Zubaidah Ibrahim.

sos 2

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan sos pencicah ala Thai. -Gambar FB Siti Zubaidah Ibrahim

Bahan-bahan:

1) 7 atau 8 ulas bawang putih

2) 10 hingga 20 tangkai cili merah dan hijau (ikut suka, bergantung kepada citarasa kepedasan masing-masing)

3) Dua tangkai ketumbar (Akar dan daun digunakan)

4) Limau nipis

5) 2 sudu sos ikan

sos 1

Sos pencicah boleh disimpan di dalam botol untuk dinikmati pada bila-bila masa. -Gambar FB Siti Zubaidah Ibrahim

Cara-caranya:

- Tumbuk atau kisar (menggunakan chopper) bawang putih, cili dan akar ketumbar.

- Kemudian letak sos ikan dan gaulkan sekali.

- Perah limau nipis dan gaul

- Perasakan dengan sedikit gula, garam dan serbuk perasa.

- Hiris halus daun ketumbar dan gaulkan.

Nota tambahan, sekiranya sos pencicah agak pekat, boleh tambah sedikit air suam.

Selain daging bakar, sos pencicah ala Thai ini sangat sesuai dijadikan pencicah untuk kerang, udang, sotong, ikan atau ayam yang telah direbus atau dibakar.

Kalau buat dalam kuantiti yang banyak, masukkan dalam botol dan simpan dalam peti sejuk. Mudah bukan? Selamat mencuba!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain