SETIAP kali tibanya Hari Raya Aidiladha, sudah pasti ramai dalam kalangan kita menerima daging korban. Sama ada sikit atau banyak, daging korban tidak boleh sewenang-wenangnya disumbat dalam peti sejuk beku (freezer), dibimbangi ia kurang segar. Jadi, apa kata anda cuba ikut tip penyimpanan daging dengan cara yang betul sebagaimana perkongsian Chef Mawi dari Art Of Butchery Inovasi Evolusi. ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya begini cara chef hotel lembutkan daging... Cepat dan mudah, ada ‘vibes’ menu taraf 5 bintang! ARTIKEL BERKAITAN: Mudahnya kerja! Daging beku boleh segera lembut hanya guna satu bahan... Jimat masa memasak, tekstur pun tak liat 1) Jangan cuci daging korban sebelum disimpan Jika dicuci menggunakan air paip, kuman-kuman boleh masuk dan 'bermastautin' di dalam daging. Ini akan merosakkan kualiti daging. Anda disarankan mencuci daging apabila hendak dimasak. 2) Jangan simpan daging dalam kuantiti yang banyak di dalam peti sejuk beku Jika dapat daging yang banyak, contohnya empat kilogram atau lebih, jangan simpan keseluruhannya di dalam peti sejuk beku. Cara yang betul ialah dengan memotong daging ke dalam kuantiti lebih kecil, kemudian masukkan dalam plastik untuk simpanan 1.5kg atau 1kg. Cara ini mengelakkan anda daripada mengeluarkan seplastik besar keseluruhan daging, yang menyebabkan ia menjadi kurang segar, sedangkan anda hanya mahu memasak dalam kuantiti kecil. Secara tidak langsung, daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 tahun. Daging disimpan dalam kuantiti yang kecil untuk memelihara kesegarannya. -Gambar FB Art Of Butchery Inovasi Evolusi 3) Jangan terus simpan daging dalam peti sejuk beku Sebelum disimpan dalam freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama empat hingga lima jam. Setelah daging itu sejuk, baru pindahkan ke dalam freezer. 4) Jangan cairkan daging sejuk beku menggunakan air panas Cara yang betul adalah meletakkan daging beku di dalam air paip suhu normal. Pastikan keadaan daging masih terbungkus kemas dalam plastik. Apabila daging mula lembut, buka plastik, cuci daging hingga bersih, tus, dan daging sedia untuk dimasak. 5) Jangan guna plastik berwarna hitam Tahukah anda, plastik berwarna hitam itu adalah hasil 'recycle'? Ia mengandungi karsinogen yang dapat mengaktifkan sel kanser. Gunalah beg plastik putih atau beg plastik zip-lock. Semoga bermanfaat! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube