SELAIN nasi, pulut juga menjadi salah satu menu pilihan ramai untuk dinikmati sama ada ketika sarapan pagi atau waktu santai. Dipadankan pula bersama ikan kering, durian, mangga atau harumanis, silap hari bulan boleh bertambah dua hingga tiga pinggan! Namun, apa yang menjadi kegusaran apabila pulut yang ditanak adakalanya menjadi keras, patah, lembik dan melekat pada periuk. Sudahlah 'tidak menjadi', satu kerja pula nak menyental periuk... memang mengecewakan! ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu pengukus, ini cara ekspres masak pulut... Guna periuk nasi je, semudah ABC! Bagi yang belum mahir cara nak tanak pulut, apa kata anda cuba teknik dan tip sebagaimana yang dikongsi oleh Naimah Kasim. Cara-caranya: 1) Basuh beras pulut (tak perlu direndam) Air berlebihan dibuang sedikit ketika pulut sedang mendidih. 2) Masukkan air lebih seperti menanak nasi 3) Jangan kacau langsung untuk mengelakkan pulut hancur 4) Apabila sudah mendidih, perlahankan api dan tuang air, tinggalkan sedikit sahaja di dalam periuk 5) Dilarang kacau sama sekali selepas air dibuang Periuk ditutup dan pulut dimasak pada api perlahan. 6) Tutup periuk dan kekalkan api perlahan 7) Tunggu dalam beberapa minit sehingga pulut masak Hasilnya, pulut yang ditanak menjadi cantik seperti nasi dan tidak patah-patah. Selamat mencuba! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube