BAHAN perasa mula digunakan secara meluas pada masa sekarang kerana dikatakan dapat membantu menyedapkan masakan.
Bagaimanapun, masih terdapat segelintir individu yang bimbang untuk menggunakannya kerana ia terdiri daripada campuran bahan pengawet serta sedatif.
Anda yang masih ragu-ragu untuk menggunakan serbuk perasa dalam masakan bolehlah menghasilkannya sendiri seperti perkongsian Rozy Kitchen di laman Facebook.
Bahan-bahan:
1 labu bawang putih
2 biji bawang merah
4 batang lobak
5 tangkai daun bawang
5 biji cili besar
3 tangkai daun sup
Garam dan gula secukup rasa
Campuran enam jenis bahan dapat memberikan hasil 'wow' dalam masakan.
Cara penyediaan:
1. Hiris nipis kesemua bahan.
2. Kemudian jemur di bawah terik matahari sehingga kering.
3. Apabila kering, campurkan kesemua bahan di dalam satu bekas dan gaul sekata.
4. Tambahkan gula serta garam secukup rasa dan kisar kesemua bahan menjadi halus.
5. Simpan di dalam bekas kedap udara supaya tahan lebih lama.
6. Ambil mengikut keperluan apabila ingin menggunakannya. Paling seronok, ia boleh digunakan dalam pelbagai masakan.