suria

Cuba buat sendiri rempah kari ikut cara ini, masakan sedap lain macam... Makan pasti bertambah

Rempah kari yang dihasilkan sendiri lebih sedap rasanya.

SEBUT sahaja kari, pasti ramai terbayangkan kampung halaman.

Maklumlah, air tangan ibu memang menyelerakan dan berbeza dengan tukang masak lain kerana rata-rata golongan ibu menghasilkan rempah kari sendiri di rumah.

Tambahan pula, resipi warisan ini sepenuhnya digiling halus sekali gus memberi rasa unik serta menyelerakan.

Bagi yang ingin menghasilkan sendiri rempah ratus kari ikan, bolehlah mencuba rahsia turun temurun yang dikongsikan Normah Bahari di laman Facebook.

Paling menarik, anda tidak perlu was-was lagi tentang cara penghasilan dan bahan mentah yang digunakan seperti produk yang banyak dijual di pasaran.

Bahan-bahan:

10-12 biji cili kering

3 sudu besar biji ketumbar

3 ulas bawang putih

1 labu bawang besar atau 5-7 ulas bawang kecil

Seinci kunyit hidup

10-15 biji lada hitam

2 sudu besar jintan putih

1 sudu besar jintan manis

Cara penyediaan:

1. Basuh kesemua bahan tadi dan tapis airnya.

2. Kemudian rendam dalam air panas selama 10 minit kecuali bawang dan kunyit hidup.

3. Kisarkan kesemua bahan tadi sehingga betul-betul halus atau boleh digilingkan.

4. Rempah yang terhasil boleh digunakan untuk memasak sama seperti menggunakan serbuk kari yang dijual di pasaran.

 

Artikel Lain