suria

Jangan buang tempe hampir rosak, cuba buat hidangan istimewa guna resipi ini

Tempe yang hampir busuk boleh diolah menjadi masakan yang menyelerakan.

TEMPE merupakan hidangan popular bagi masyarakat nusantara terutama masyarakat Jawa.

Kebiasannya ia digoreng rangup mahupun dijadikan sambal berlada.

Menerusi perkongsian di laman TikTok, seorang pelayar berkongsi hidangan khas sekiranya tempe yang dibeli telah dibiar lama sehingga hampir busuk.

Bukan sahaja menyelerakan, malah bau masam yang melekat pada tempe yang hampir rosak ini, tidak lagi dirasai.

Bahan-bahan:

250 gram tempe

100 gram daun selasih

1 biji telur

1 biji tomato

3 biji cili merah

8 biji cili padi

5 biji bawang merah kecil

5 ulas bawang putih

1/2 sudu kecil serbuk ketumbar

1 genggam ikan bilis

Sedikit serbuk kunyit

Garam secukup rasa

Daun pisang untuk bungkus

Cara penyediaan:

1. Rebus tempe sehingga air rebusannya menjadi keruh.

2. Tumbuk halus kesemua bahan kecuali tempe. Ketepikan.

3. Kemudian tumbuk kasar tempe yang telah direbus.

4. Campurkan telur, daun selasih, tomato yang dipotong dadu, ikan bilis, cili padi dan bahan tumbuk. Gaul sebati.

5. Masukkan pes yang terhasil ke dalam daun pisang dan bungkus kemas.

6. Panaskan pengukus dan masukkan bungkusan pes selama 20 minit atau sehingga masak.

Artikel Lain