suria

Ramai bengang dengan 'YB samseng', ini jawapan Adun dilabel kurang ajar

PERLAKUAN Exco Melaka, Norhizam Hassan Baktee terhadap beberapa penduduk kampung berhubung isu penutupan jalan di Taman Akasia, Melaka pagi Selasa mengundang kemarahan netizen.

Rata-rata mengecam cara Norhizam menyelesaikan aduan yang dikemukakan rakyat kerana dianggap kasar dan tidak berhemah.

Bagaimanapun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu itu berkata beliau perlu bertindak tegas kerana isu yang dibangkitkan membabitkan keselamatan rakyat.

"Penduduk Taman Akasia bantah kerana penduduk kampung jadikan laluan di hadapan rumah mereka sebagai alternatif.

"Ia membahayakan mereka...buka pintu rumah sahaja sudah seperti jalan raya," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Selain itu wakil rakyat DAP itu berkata dia bukanlah samseng seperti didakwa.

"Saya malas nak layan orang yang tak sekolah, dia terlebih dahulu bercakap kasar dengan saya.

"Dia mengherdik saya, menunjal-nunjal di hadapan saya. Dia ingat saya ni siapa? Kalau nak cakap dengan saya, biarlah beradab," katanya.

Sebelum ini pada 29 Ogos lalu Norhizam pernah mengundang kemarahan netizen apabila menyerbu tempat simpanan baja orang kampung selain mendakwa mereka menyorok dan menyimpan baja subsidi.

Menurut Norhizam, klip video berkenaan ditularkan beberapa individu di laman sosial sehingga mengundang kemarahan masyarakat, malah lebih teruk dilabel sebagai 'YB samseng'.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi