suria

"Seolah-olah kami salah, buat laksa beracun" - Peniaga laksa kebok tertekan

PENIAGA Laksa Kebok, Daud Ismail berharap orang ramai tidak melulu menghukum perniagaannya sebelum pihak berkuasa membuat sebarang keputusan.

Menurut Daud, 53, dakwaan yang ditularkan di media sosial terutamanya berhubung dua kematian dan kes keracunan makanan membuatkan dia tertekan.

"Laksa Kebok adalah perniagaan yang menjadi punca mata pencarian kami sekeluarga.

"Mereka tularkan seolah-olah kami dah salah, kami buat laksa tu beracun," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Landak, Kupang di Baling, Kedah.

Media sebelum ini melaporkan terdapat 61 kes keracunan makanan disyaki berpunca daripada laksa yang dibeli di sebuah gerai di Kupang, Baling  termasuk dua kematian.

Daripada 61 kes itu, 24 kes dikesan di Kedah, Perak (16) dan Selangor (21).

Sehubungan itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan notis perintah tutup premis ke atas gerai Laksa Kebok milik Daud.

Penutupan premis tersebut berkuat kuasa pukul 9 pagi pada Isnin lalu di bawah Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Laksa Kebok, keracunan makanan


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi