GARA-GARA tidak berpuas hati dengan kadar kenaikan gaji minimum sebanyak RM50, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun di hadapan pintu masuk Parlimen sebagai protes terhadap perkara itu.
Ia bagi mendesak kerajaan mengkaji semula penyeragaman gaji minimum sebanyak RM1,050 sebulan yang akan berkuat kuasa Januari tahun depan.