suria

Jaa, Tauke, antara selebriti yang terkena 'penyakit geram', hangatkan timeline media sosial

ADA sahaja benda baharu yang boleh dijadikan bahan, ianya pasti menjadi ikutan netizen di media sosial.

Terbaharu, sebuah video tular memaparkan seorang lelaki dikenali sebagai S Kanagarajah yang tular dengan aksi geram bertukar menjadi bahan jenaka selepas beberapa individu dilihat muncul menerusi video parodi masing-masing.

Menariknya video berkenaan bukan sahaja ditiru oleh selebriti dan masyarakat tempatan malah, masyarakat luar negara juga tidak ketinggalan melakukan parodi itu.

Penyampai radio ERA iaitu Jaa Suzuran dan pelawak, Tauke Jambu antara selebriti yang terkena 'penyakit geram' itu.

Sementara itu, Kanagarajah yang tular dengan aksi geram dalam satu rakaman video susulan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya tempoh hari menyifatkan tindakan netizen yang meniru gayanya adalah melucukan.

Aksi jelir lidah yang dibuat Kanagarajah itu bukan sekadar tersebar melalui media sosial, malah ada yang turut menjadikan pelbagai ‘meme’ melucukan oleh ramai pihak selain cabaran#Deychallenge dan #Theyychallenge.

Terdahulu, isu pemindahan kuil itu telah mencetuskan rusuhan di kawasan rumah ibadat berkenaan pada awal pagi Isnin dan Selasa, yang menyaksikan seorang anggota bomba cedera parah selain perusuh turut membakar 23 kenderaan dan merosakkan cermin bangunan kompleks One City yang terletak satu kilometer dari kuil tersebut.

Seramai 30 individu ditahan polis berhubung kes tersebut.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi