suria

Penangan ibu Chow Kit, hasil tangan yang bukan 'biasa-biasa'

TIGA tahun lalu, dua lelaki ini mempelajari teknik asas jahitan tangan menerusi YouTube.

Matlamat mereka adalah untuk mengajar ibu-ibu tunggal dan wanita yang tidak bernasib baik di Chow Kit, Kuala Lumpur mengenai kaedah menjana pendapatan melalui jahitan dan hasil kraftangan.

Menerusi usaha itu, UmieAktif menjadi salah satu daripada 10 pemenang  Anugerah Star Golden Hearts 2018.

Organisasi bukan berasaskan keuntungan itu ditubuhkan Lawrence Anak Abus dan Nik Sin Nik Man, selaku pemenang Anugerah Inspirasi Star-Gamuda.

Lawrence, 32 tahun, dan Nik Sin, 36 tahun, mula membuka kelas mingguan kepada wanita-wanita di Chow Kit. 

Kumpulan itu diajar mengenai cara untuk menghasilkan mainan menggunakan bahan kitar semula dan kain serta cara untuk menjual produk mereka.

UmieAktif, Chow Kit


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi