suria

Karier tak menyerlah, Erul Samah nafi hidup ditaja isteri orang

PENYANYI Erul Samah nafi menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang usahawan yang sudah berumah tangga.

Mengakui kariernya kurang menyerlah, Erul atau Khairul Najmuddin Abu Samah berkata ia bukan alasan untuk dia menumpang kesenangan orang lain lebih-lebih lagi isteri orang.

Erul nafi ditaja usahawan kosmetik terkenal

“Tiada apa-apa hubungan istimewa, kami cuma berkawan baik malah sudah saling mengenali sejak dia hidup susah lagi. Malah dia banyak memberi inspirasi kepada saya atas apa yang dilaluinya.

“Saya akui sudah banyak kali mendengar tohmahan tentang hubungan kami ini, gila lah kalau saya ada hubungan dengan isteri orang,” kata Erul kepada mStar Online.

Usahawan yang didakwa didampingi Erul

Bekas peserta program Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) ini ditemui semasa sesi fotografi di Menara Star baru-baru ini.

Selain itu Erul turut menafikan single terbarunya berjudul Teristimewa mendapat tajaan daripada individu terbabit.

“Tiada yang menaja, malah saya sendiri tidak gemar dengan perkataan 'sponsor' itu sendiri.

“Saya sedar perkara ini telah banyak berlaku kepada teman seperjuangan, jadi saya nekad untuk berkerja keras, mengumpul modal menghasilkan single ini tanpa sebarang bantuan pihak luar,” tambah Erul.

erul samah


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi