suria

Bertunang dengan pemain JDT, Eyra Hazali nak minta nasihat Mia Ahmad

PELAKON Eyra Hazali berkata dia sedia menamatkan zaman bujang bersama penjaga gol pasukan bawah 22 tahun negara, Muhammad Haziq Nadzli sekitar hujung tahun depan.

Menurut Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali berkata, tempoh berkenaan adalah sesuai untuk mereka saling mengenali dan membuat persiapan yang sewajarnya.

Eyra sah menjadi tunangan Haziq pada 1 Disember

“Insyaallah kami bakal menamatkan zaman bujang dalam tempoh 10 atau 11 bulan lagi.

“Kerjaya Haziq sebagai pemain bola hanya meberikan ruang untuk berehat sekitar akhir tahun," katanya.

Pelakon drama bersiri Mr Grey ini ditemui ketika majlis doa selamat dan pelancaran filem M4M4 yang berlangsung pada Khamis.

Dalam pada itu, Eyra, 19, mengakui dia sedang menyesuaikan diri sebagai tunang kepada seorang personaliti sukan.

Eyra Hazali dedah bakal mengikat tali pertunangan selama 10 bulan

“Tipulah kalau sudah seratus peratus bersedia, jadi tunangan dan isteri adalah sesuatu yang amat berbeza.

“Saya juga harapkan bantuan dan nasihat pelakon Mia Ahmad yang bersuamikan pemain JDT," katanya.

Dalam perkembangan lain, Eyra bakal menjalani pengambaran filem keduanya berjudul M4M4 yang mengangkat tema suspen thriller.

Filem arahan Eyra Rahman itu turut dibintangi Nabila Huda, Bella Dowanna, Faizal Hussein, Kodi Rasheed, Nizam Zaidi dan Ungku Hariz.

eyra hazali, haziq nadzli


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi