suria

Pengantin lelaki jangan pandang remeh, anda juga perlu grooming!

TIDAK salah untuk kaum lelaki mengenakan solekan pada wajah mereka.

Namun ia perlulah berpada-pada dan solekan yang dikenakan tidak seharusnya menyamai kaum wanita.

Pada acara tertentu seperti majlis persandingan, kaum lelaki dinasihatkan untuk mengenakan solekan agar kulit wajah kelihatan sekata dan berseri.

Ia sekaligus mampu memberi kesan kepada tahap keyakinan si dia.

Jurusolek professional, Nadeera Ismail, 32, mempunyai alasan tertentu mengapa lelaki perlu mengenakan solekan di hari persandingan mereka.

Menurut Nadeera atau lebih popular dengan nama Nvdism, pengantin lelaki perlu mengenakan solekan yang sangat minimal agar perbezaan dengan pengantin perempuan yang disolek tidak begitu ketara.

"Sebenarnya saya lebih memilih untuk menggunakan perkataan 'merapikan' berbanding 'menyolek'. Ini antara punca mengapa mereka begitu gerun untuk didandan.

"Perkataan solekan itu membuatkan mereka 'geli' dan membayangkan sesuatu yang berlebihan bagi lelaki.

"Bagi saya proses merapikan wajah bertumpu kepada untuk mereka kelihatan lebih kemas tanpa cela pada wajah. Sesuatu yang bukan bertujuan untuk mengubah rupa paras," jelasnya.

Tambah Nadeera, sesetengah lelaki tidak begitu menitikberatkan soal penjagaan kulit muka hingga menyebabkan bintik-bintik hitam (blackhead) dan parut jerawat kelihatan agak ketara pada wajah.

Maka, tidak salah untuk menggunakan sedikit alat solek untuk menyembunyikan parut tersebut.

"Majlis perkahwinan adalah sekali seumur hidup, jadi anda kenalah kelihatan kemas dan segak. Ketahuilah bahawa solekan antara lelaki dan wanita adalah sangat berbeza.

"Sekurang-kurangnya anda kena di touch up sedikit supaya anda tidak nampak seperti pengantin tak siap,' katanya.

Berpengalaman selama lebih 10 tahun dalam bidang solekan, ibu kepada seorang cahaya mata ini berkongsi tips bagaimana untuk bakal pengantin lelaki tampak lebih kemas dan maskulin.

Nadism, pengantin lelaki, solekan


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi