suria

Nabila Razali terkejut dituduh rampas Khai Bahar daripada Wany Hasrita

PENYANYI Nabila Razali meluahkan rasa terkejutnya apabila dituduh sebagai perampas oleh sesetengah pihak yang kurang senang akan kemesraannya dengan beberapa selebriti lelaki.

Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali berkata demikian selepas diminta mengulas dakwaan dia menjadi perosak hubungan mesra antara penyanyi Khai Bahar dan Wany Hasrita oleh seorang individu di Instagram.

DM yang diterima Nabila Razali daripada seorang individu

"Saya sendiri terkejut apabila terima DM (mesej peribadi) sebegitu, industri hiburan Malaysia ini tidak lah sebesar mana jadi saya kerap bertemu Khai Bahar di majlis-majlis hiburan dan kami pasti akan bergambar. Tak sangka pula gambar-gambar tersebut menimbulkan spekulasi sedemikian.

"Kami sebenarnya mesra sebagai kawan, kalau tak mesra nanti orang kata sombong pula," kata Nabila kepada mStar Online.

Nabila Razali dituduh perampas kebahagiaan Khai Bahar bersama Wany Hasrita

Pelakon telefilem Pengantin Lari Culik Artis itu melalui Instagramnya mendedahkan menerima tuduhan menjadi perampas penyanyi Khai Bahar daripada Bintang Paling Popular ABPBH 31, Wany Hasrita.

Nabila, 26, bagaimanapun berharap perkongsiannya itu dapat membuka minda segelintir individu dalam menghakimi status perhubungan seseorang.

Kemesraan dengan Khai Bahar hanya atas dasar kerja

"Saya share benda itu kerana saya rasa ia perlu dijadikan iktibar kepada orang lain supaya berfikiran lebih terbuka terhadap persahabatan seseorang.

"Malah saya sendiri tidak akan merampas kebahagiaan mana-mana pasangan," tambah Nabila



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi