suria

Mengapa tutup cela dengan mekap? Ini 3 langkah mudah untuk kulit menawan

MEMILIKI kulit yang lembut, bersih dan menawan pastinya menjadi impian setiap wanita.

Namun hakikatnya mereka lebih memilih untuk menggunakan alat solek bagi menutup cela berbanding mencari ikhtiar untuk merawat kulit bermasalah.

Sebenarnya rutin harian dengan membersih, eksfoliasi dan pelembapan secara konsisten mampu menyerlahkan kecantikan semula jadi anda.

Menurut pengasas produk penjagaan kulit Pure Intentions, Tatyana Abdul Aziz, rutin pembersihan wajah adalah sangat penting dan tidak boleh diambil ringan.

"Menjaga kecantikkan kulit ibarat kita menjaga kesihatan dalaman.

"Ia bukan semata-mata keperluan estetik tetapi sebahagian daripada kesihatan diri.

"Pemilihan produk juga sangat penting. Jika tidak sesuai dengan jenis kulit muka, ia boleh menyebabkan keadaan kulit bertambah teruk dan tidak sihat," katanya.

Dibesarkan dalam keluarga yang mengamalkan petua kecantikan secara semula jadi, gadis kelahiran Pulau Pinang ini memiliki minat mendalam dalam bidang kecantikan sejak kecil.

Bermula daripada rutin harian, wanita berusia 29 tahun ini kini berjaya mencipta rumusan khusus produk penjagaan kulit berasaskan bahan semula jadi.

Enzim buah-buahan seperti nenas dan lemon bertindak sebagai eksfoliasi untuk menyingkirkan sel kulit mati.

"Saya membesar bersama tiga beradik dan kami semua perempuan. Masa kecil-kecil ibu akan petik bunga raya dan dicampurkan dengan santan untuk dilumurkan pada rambut.

"Jadi daripada kecil saya dah biasa dengan rutin begini di rumah. Semua bahan berasaskan alam semula jadi sangat baik dan lebih berkesan berbanding produk yang dibuat daripada bahan kimia, ujarnya.

Sesuai dengan nama, Pure Intentions, Tatyana atau lebih mesra disapa Taty berkata, produk rawatan kulit dihasilkan bukan semata-mata untuk mengaut keuntungan sebaliknya dicipta untuk berkongsi kecantikkan dengan lebih ramai wanita.

Ini tiga langkah mudah untuk wanita mendapatkan rawatan kulit terbaik.

1. Membersihkan kulit

Gunakan pembersih muka untuk menyingkirkan kotoran dan minyak.

Tanggalkan semua solekan (termasuk bedak dan tabir suria) dengan penanggal solekan (makeup remover) sebelum membersihkan muka.

2. Serum

Penjagaan dan rawatan kulit wajah tidak lengkap tanpa serum. Khasiat yang terkandung membantu anda mendapatkan kulit yang bersih, cerah dan melambatkan penuaan.

Gunakan jari-jemari dan urut pada wajah. Minyak ekstrak tumbuh-tumbuhan boleh membantu mencegah pembentukan jerawat pada kulit.

3. Masker muka

Sesuai diamalkan sekali seminggu bagi membantu membersihkan kulit secara menyeluruh agar sisa-sisa mekap, debu mahupun kotoran yang melekat pada kulit wajah dapat disingkirkan sepenuhnya.

Kandungan masker yang mengandungi enzim buah-buahan bertindak sebagai eksfoliasi yang membantu menyingkirkan sel kulit mati - penyebab kulit kusam.

Langkah ini penting bagi membantu mempercepatkan pembaharuan sel. Ia juga mengecilkan pori dan membantu penyerapan lembapan.

Kulit yang berseri tampak lebih sihat dan muda.

Pure Intentions, penjagaan kulit


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi