suria

Renungan tajam Ariff Bahran bikin Sarah Suhairi malu-malu

PENYANYI Sarah Suhairi dan Ariff Bahran menafikan gosip kononnya mereka sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta.

Sebaliknya, kedua-dua penyanyi ini memberitahu mereka berdua sekadar teman rapat dan tidak lebih daripada itu.

Ditanya mengenai hati budi masing-masing, Bahran berkata dia selesa berkawan dengan Sarah kerana sikap berterus-terang gadis tersebut.

"Sarah seorang yang sangat berterus terang, tak ada tapis-tapis, tiada agenda tersembunyi.

"Walaupun agak loud tapi dia baik dan senang berbincang," katanya.

Manakala, Sarah pula memberitahu dia menyukai sikap bertanggungjawab dan 'caring' yang ditunjukkan Bahran.

"Dia caring, cool dan fokus dengan kerja. Tak sambil lewa dan betul-betul buat kerja dengan serius," ujarnya.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online ini.

Siti Suhairi, Ariff Bahran


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi