PENYANYI Ismail berkata karya terbarunya berjudul Save Me menjadi mangsa kecaman penyokong tegar kumpulan BTS yang menggelar diri mereka sebagai Army.
Menurut Ismail, 19, dia menyedari perkara itu selepas ruangan komen di YouTube lagu berkenaan dibanjiri komen dan perbalahan peminat kumpulan yang berasal daripada Korea Selatan itu.
Ismail Izzani dikecam peminat kumpulan BTS
“Saya sedar mengenai kecaman peminat kumpulan BTS. Saya nak jelaskan bahawa tiada niat untuk menggunakan tajuk yang sama untuk single terbaru saya.
“Sejujurnya saya hanya mengetahui bahawa BTS juga mempunyai lagu berjudul Save Me selepas lagu saya dilancarkan,” kata Ismail kepada mStar Online.
Antara komen yang dilontarkan di ruangan komen klip video Save Me
Untuk rekod BTS melancarkan lagu Save Me pada 2016 dan tajuk sama turut pernah digunakan kumpulan B.A.P yang juga berasal dari Korea pada 2014.
Sementara itu mengulas mengenai penyanyi yang terkenal dengan lagu Bidadari ini, dia mengalami beberapa kecederaan ringan semasa proses rakaman klip video lagu Save Me yang turut dikeluarkan dalam versi filem pendek.
Ismail Izzani dedah mendapat beberapa kecederaan kecil semasa pengambaran klip video Save Me
“Memang seronok berlakon, namun saya hanya akan fokus kepada nyanyian setakat ini kerana belum biasa dengan proses pengambaran yang memakan masa panjang.
“Tambahan lagi filem pendek Save Me ini sejujurnya sangat mencabar kerana saya perlu melakonkan beberapa adegan pergaduhan,” tambah Ismail.