suria

Nico G terpaksa ikut selera pendengar, 27 tahun menyanyi lagu sama

KUMPULAN hip-hop lagenda iaitu Nico G mengakui hanya terkenal dalam kalangan peminat industri hiburan menerusi lagu Inilah Nasibku yang dirakamkan pada 1993.

Salah seorang anggotanya iaitu Affa atau Muzaffar Shah Baharin, 41, berkata lagu berkenaan sering menjadi pilihat peminat setiap kali mereka dijemput mengadakan persembahan.

“Dalam Malaysia ni, kami adalah satu-satunya artis hip hop yang hanya memperjuangkan satu lagu selama hampir tiga dekad.

“Biarpun ada beberapa lagu lain seperti Kaulah Gadisku, lagu Inilah Nasibku yang paling kerap menjadi permintaan peminat,” kata Affa kepada mStar Online.

Nico G akui hanya popular dengan lagu Inilah Nasibku

Dalam pada itu, kumpulan yang ditubuhkan sejak tahun 1992 ini berkata mereka kini dalam proses untuk memulakan rakaman enam lagu baru bersama beberapa komposer muzik 'underground'.

“Kami mahu merakamkan enam buah lagu hasil kerjasama dengan beberapa komposer underground biarpun wujud kemungkinan ia tidak diterima baik peminat.

“Namun pengalaman selama 27 tahun penubuhan Nico G, jarang sekali karya kami tidak mendapat sambutan peminat,” tambah mereka.

nico g


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi