suria

Ibu ajak datang rumah kalau berani nak pikat Sissy Imann

PENYANYI Sissy Imann memberitahu dia menjadikan ibunya, Zuraidah Yazid sebagai rujukan dan panduan sebelum melakukan sesuatu perkara termasuklah hal berkaitan hubungan dan cinta.

Menurut penyanyi lagu Pesanan Ayahanda ini, dia lebih selesa berkongsi cerita dan mengadu masalah dengan kedua orang tuanya itu.

"Saya memang banyak berkongsi cerita dengan ayahanda dan bonda, apa sahaja tentang saya mereka akan tahu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayahanda sentiasa temani... Tiada masalah untuk dekati Sissy Imann

"Siapa kawan-kawan saya, apa saya buat, ke mana saya akan pergi, semuanya akan dimaklumkan kepada mereka.

"Boleh dikatakan tiada rahsia antara kami. Jika memerlukan sebarang panduan atau rujukan, saya akan terus bertanya kepada kedua-dua mereka," katanya kepada mStar Online.

Biarpun bapanya atau mesra dipanggil ayahanda sentiasa mengikut ke mana sahaja namun dia masih diberikan kebebasan untuk membuat keputusan atau aktiviti.

Sissy, 24, berkata ayahandanya tidak pernah menyekat aktiviti, kawan atau lelaki yang cuba mendekatinya.

Sissy bersama keluarga tersayang.

"Ayahanda memang sentiasa ikut saya ke mana-mana sahaja. Saya pula bukan seorang yang suka melepak dan hanya akan keluar untuk kerja atau majlis seperti sambutan hari lahir.

"Kalau nak keluar mana-mana sudah semestinya saya akan tanya ayahanda dulu. Walaupun dia sentiasa ada dengan saya, tapi dia tak pernah menyekat saya untuk buat keputusan sendiri atau melakukan aktiviti.

"Ayahanda kenal kawan-kawan saya dan dia pun tak menghalang kalau ada lelaki nak berkenalan tapi apa-apa pun saya mesti kenalkan lelaki itu kepada ayahanda,” katanya.

Tonton video penuh temubual bersama bonda yang disediakan mStar Online ini.

Sissy Imann


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi