suria

Sebelum lahir orang dah cakap isu 'jual anak' - Amyra, Amar seronok kongsi aktiviti Anaqi

PASANGAN pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin menjadikan Instagram sebagai diari bergambar untuk berkongsi perkembangan terkini anak mereka iaitu Aqeef Anaqi.

Menurut Amar, seiring perkembangan teknologi, dia bukan semata-mata berkongsi foto dan video anak lelaki mereka itu untuk peminat, malah sebagai kenangan mereka sekeluarga kelak.

"Kehidupan kami macam biasa iaitu berkongsi perkembangan Anaqi di laman sosial. Ada yang suka dan tidak, itu perkara biasa.

"Kalau orang kata nak jual anak, rasanya sebelum lahir lagi kita dah dengar dan sekarang ini baru mereka nampak apa sebab kami buat macam tu.

"Kami mahu abadikan kenangan dan dia boleh tengok semula video itu apabila sudah besar nanti. Kalau zaman dulu-dulu tak ada," katanya kepada mStar Online.

Pasangan bahagia.

Amar dan Amyra ditemui selepas selesai program siaran langsung MeleTOP dan sidang media Anugerah MeleTOP 2019 yang diadakan di Astro pada malam Selasa.

Kanak-kanak berusia setahun empat bulan itu dicalonkan dalam kategori Si Cilik Meletop.

Pasangan ini berkahwin pada November 2016 dan dikurniakan putera sulung pada 15 Oktober 2017.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online.

Amyra Rosli, Amar Baharin


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi