suria

“Ada ke nak suruh bercinta dengan Sufian, kelakarnya!” - Wany Hasrita

JIKA sebelum ini peminat mahu menjodohkan penyanyi Wany Hasrita dengan Tajul dan Khai Bahar, nampaknya kini mereka bertukar selera apabila mahu penyanyi lagu Menahan Rindu ini menjadi kekasih kepada Sufian Suhaimi pula.

Mengakui berasa lucu dengan permintaan peminat itu, Wany berkata dia dengan beberapa orang penyanyi lelaki itu hanyalah sekadar teman biasa.

"Mereka (peminat) saja-saja usik artis kesukaan dan itu perkara biasa. Apa pun ia berbalik kepada jodoh, kalau ada... ada lah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sebak… sampai ke hati” - Wany Hasrita menangis semasa Sufian nyanyi lagu ‘Di Matamu’

"Saya tak marah peminat kerana mereka masing-masing ada pendapat sendiri dan saya ambil itu sebagai satu benda positif.

"Buat masa ini, saya mahu fokus dengan kerjaya dan biarlah soal jodoh itu datang kemudian. Tak perlu nak tergesa-gesa kerana yang jadi keutamaan sekarang ialah kerjaya dan mahu mengukuhkan lagi ilmu agama," katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini, menerusi program Anugerah Juara Lagu ke-33, Wany menitiskan air mata ketika Sufian membuat persembahan lagu Di Matamu.

Gara-gara itu, peminat berasakan Wany merupakan individu paling sesuai menjadi kekasih Sufian Suhaimi.

Menurut Wany, pada malam tersebut dia mengalirkan air mata menyaksikan persembahan Sufian kerana ia benar-benar menyentuh hatinya.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online ini.

Wany Hasrita, Sufian Suhaimi


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi