suria

Elizabeth Tan rasa geli tengok lakonan sendiri

PENYANYI Elizabeth Tan mengakui malu menonton lakonan sendiri menerusi drama Senafas Rindu yang disiarkan menerusi saluran Astro.

Kata Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy, dia masih perlu memperbaiki teknik penyampaian dialog agar lebih berkesan.

lizzy dedah malu tonton lakonan sendiri

"Saya perlu fokus kepada intonasi ketika berlakon. Apabila tonton kembali drama itu, saya rasa geli...rasa macam 'Cina' (cara bertutur) sangat.

"Jadi nampaknya saya perlu belajar lagi mengenai cara percakapan dan dialog," katanya kepada mStar Online.

Penyanyi yang baru melancarkan single terbarunya berjudul Semua Sudah itu ditemui semasa majlis pelancaran produk mandian dan ubat gigi keluarannya menerusi jenama Mandi.

Lizzy kini bergelar usahawan dibawah jenama Mandi

Dalam pada itu, Lizzy, 26, berkata dia meluangkan masa hampir dua bulan menghadiri kelas mixed martial arts (MMA) bagi mempersiapkan diri untuk memegang watak dalam sekuel sebuah filem aksi.

“Pengambaran akan bermula tidak lama lagi dan saya amat teruja untuk melakonkan watak ganas seperti itu,” tambah Lizzy.

elizabeth tan


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi