suria

Kalau tiada Siti Sarah, Shuib tak pasti hala tuju hidup

PELAWAK Shuib berkata perkahwinan dengan penyanyi Siti Sarah hingga dikurniakan tiga orang cahaya mata setakat ini banyak mengubah perjalanan hidupnya.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 35, tanggungjawab sebagai suami dan bapa menjadikan dia lebih kuat beruasaha hingga berjaya membina lima buah perniagaan sendiri.

“Sebelum ambil keputusan menamatkan zaman bujang dulu, pernah timbul rasa takut jika niat tersebut hanyalah sekadar 'tekaan' yang tidak tepat. Namun Alhamdulillah kerana perkahwinan bersama Sarah ternyata membawa saya ke tahap ini sekarang.

“Dia sangat membantu hingga kini kami sudah mampu memiliki lima perniagaan iaitu perusahaan kedai dobi, madu lebah, ubat penyembur lipas, produk kesihatan dan terbaru perkhidmatan agensi umrah dan haji,” kata Shuib kepada mStar Online.


Shuib kini mempunyai lima perniagaan 

Shuib ditemui pada majlis sidang media Hot FM Big Jam 2019.

Dalam perkembangan lain, ahli kumpulan Sepahtu ini berkata dia teruja apabila kembali bergelar penyampai radio bersama stesen radio terkenal Hot FM.

Shuib kembali menjadi penyampai radio

“Saya dapat rasa pengalaman yang sangat berbeza bersama radio baru, mungkin kerana sasaran umur pendengar yang berbeza.

“Biarpun saya merupakan penyampai yang paling tua di segmen pagi, namun ia membuatkan saya berasa seakan kembali muda apabila mula bercakap dengan pendengar golongan muda,” tambah Shuib.

shuib, siti sarah


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi