PENYANYI rap Alif dan Sonaone mendedahkan terpaksa 'menyelongkar' almari koleksi pakaian milik Joe Flizzow bagi mendapatkan pakaian yang bersesuaian dalam proses penghasilan salah sebuah lagu yang terkandung dalam album kolaborasi sulung mereka.
Sonaone atau nama Mikael Adam Mohd Rafee Michel Lozach sebenarnya turut menjelaskan dia tidak menjangka penceritaan dalam klip video lagu Obvious menjadi bualan hangat netizen apabila ia dikatakan mengimbau kembali zaman kegemilangan kumpulan Too Phat.
Obvious merupakan salah satu lagu daripada 15 lagu yang terkandung dalam album Detail.