PELAKON Ifa Raziah kesal dengan tuduhan mencaras 'job' individu lain bagi mendapatkan sebuah projek vendor festival.
Bagaimanapun kata Ifa, rezeki yang diperolehi datang daripada Allah dan kejayaan yang ada sekarang merupakan usaha daripada titik peluhnya sendiri.
Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha berkata, dia enggan memikirkan perkara berkenaan dan menganggap ia sebagai hal kecil dan remeh sahaja.