suria

Syifa Melvin 'backup' instafamous cari makan, "Kenyataan Sarah Hildebrand nonsense!"

PELAKON Syifa Melvin membidas kenyataan rakan selebriti Sarah Hildebrand yang meminta agar netizen berhenti mempopularkan golongan instafamous yang didakwa merosakkan industri hiburan tempatan.

Selain itu Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 25, juga menjelaskan dia sedikit terkesan dengan kenyataan yang dikeluarkan pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu.

“Saya rasa kenyataan stop making stupid people famous yang dikeluarkan Sarah adalah nonsense, kenapa dia perlu keluarkan kenyataan demikian? Rezeki itu sentiasa ada untuk sesiapapun, artis muncul di televisyen manakala instafamous di media sosial.

“Saya terpanggil untuk membidas kenyataan tersebut kerana saya juga bermula di platform itu, dunia sekarang ialah dunia Internet. Semua ini rezeki individu, kalau rasa diri tu 'sendu' maka tidak perlu pula menuding jari kepada instafamous,” kata Syifa kepada mStar.

syifa melvin, sarah hildebrand


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi