suria

“Takkan nak bergaduh depan hakim, I hope dia jujur” - Bekas isteri harap Radhi cepatkan proses cerai

KES perceraian vokalis kumpulan OAG iaitu Radhi dan isteri, Nur Shahira Ayu masih belum menemui jalan penyelesaian apabila Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor memutuskan Radhi perlu membuat sumpah nafi.

Ia selepas penyanyi itu memberi alasan tidak mengingati lafaz cerai yang dibuat pada 25 Mac lalu.

Justeru itu, pasangan ini perlu hadir semula ke mahkamah pada 16 Julai depan bagi sebutan semula kes lafaz cerai termasuklah Radhi perlu melakukan sumpah nafi terhadap lafaz cerai tersebut.

Sejurus mahkamah menetapkan keputusan, Radhi yang hadir sendirian enggan ditemubual, manakala Ayu pula berharap kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

Tonton video penuh yang disediakan mStar ini.

Radhi OAG, Nur Shahira Ayu


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi