KISAH kahwin-cerai penerbit Datuk A Aida yang sudah empat kali gagal dalam perkahwinan terus menjadi bualan netizen.
Terbaharu, A Aida mengesahkan sudah berpisah dengan pelakon Ariff Aziz selepas hanya sembilan bulan mendirikan rumah tangga sejak Julai tahun lalu.
Anak A Aida sendiri iaitu Wan Az Aleesa, 23, berkata usia perkenalan yang singkat sebelum mengenal hati budi masing-masing mungkin menjadi faktor rumah tangga kali keempat ibunya itu runtuh.
"Mungkin lepas ni kalau mama nak kahwin lagi, lelaki itu perlu kenal famili dulu... ambil hati kami anak-anak. Jangan terburu-buru nak kahwin," katanya kepada mStar.
Untuk rekod, A Aida hanya mengenali Ariff secara rapat dalam tempoh dua minggu sebelum kedua-dua mereka bersetuju untuk bernikah.