suria

Sufian Suhaimi kecewa budaya politik lucah... “Orang muda tak nak tengok siapa main dengan siapa”

PANDANGAN penyanyi Sufian Suhaimi berhubung perkembangan budaya politik lucah di Malaysia yang merugikan rakyat mendapat perhatian warga Twitter.

Menurut Sufian, 27, ahli politik sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang seharusnya berusaha untuk membawa perubahan kepada negara khusunya pembangunan modal insan golongan muda.

"Kisah gosip lucah sudah menjadi trend, ia bukanlah perkara yang menyeronokkan bagi golongan muda untuk tahu.

"Kalau agenda politik ini berkisar mengenai perkara-perkara yang tidak memberi manfaat kepada rakyat, ia tidak menarik minat orang muda," katanya kepada mStar pada Khamis.

Sufian mengulas mengenai penularan beberapa siri video lucah membabitkan seorang menteri kanan sejak Rabu.

sufian suhaimi


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi