PELBAGAI isu viral menjadi perhatian netizen sepanjang minggu ini. Ada yang sedih dan ada juga kisah yang menggembirakan.
Antara yang paling mencuri perhatian di laman sosial ialah fesyen Raja Permaisuri Agung Tunku Azizah Aminah Iskandariah yang ditiru oleh pasangan pengantin baharu ketika sesi fotografi mereka.
Selain itu juga, Tindakan seorang guru memberi sumbangan snek mahal kepada keluarga miskin dan golongan asnaf menjadi topik perbualan hangat netizen. Ada yang kurang senang dan menganggap sumbangan itu sebagai tidak memberi manfaat.
Dalam pada itu juga, kisah kematian anak kepada pelakon komedi AR Badul iaitu Mejar Mohd Zahir Armaya berkaitan penggunaan peluru hidup semasa latihan anggota komando turut dipertikaikan netizen.
Bagaimanapun, terdapat kumpulan yang dikenali sebagai perajurit di laman sosial Facebook menjelaskan ia adalah standard tertinggi dalam komando.